Hari Jumaat lalu, aku dah laporkan diri di syarikat baru. Tapi dengan keadaan aku yang tak sihat aku dibenarkan pulang awal. Seawal jam 5 pagi aku bertolak ke penang dari kedah dengan motosikal. Dah lama aku tak merempit jauh-jauh. Malam sebelum tu, Rahim ada balas whatsapp katanya dalam perjalanan ke Penang untuk beraya. Dia setuju untuk jumpa aku pada gari sabtu sebab dia akan ke Kedah dan Perlis untuk beraya.
Bila aku dibenarkan pulang awal, aku ajak dia berjumpa lebih awal. Semuanya dalam kelam kabut. Aku teman dia jumpa kawan dia di kedai mamak lepas tu kami bertolak balik ke Kedah. Dia dengan kereta aku dengan motosikal. Kononnya aku rasa selamat sikit la kalau dia ada kan, tapi dia macam tak kisah pun. Dia pandu kereta ke depan mana aku mampu kejar. Bila aku tanya;
“Kenapa tinggal aku kat belakang?”
Dia jawab “Kereta kan, takkan la nak bawak macam motor”
Oh.. Baru aku sedar martabat diri orang berkereta lebih tinggi. Walaupun hanya kereta kancil. Aku dah pecut habis laju dah. Dah potong banyak kereta lain tapi tak manpu nak kejar dia jugak. Kami singgah solat di RnR Gurun. Dia tak banyak cakap. Hanya aku yang cuba berbual tapi macam tak dilayan. Macam biasa, dia sibuk dengan Smartphones. Hanya tuhan saja yang tahu apa perasaan aku masa tu. Mungkin dia seronok lihat aku jatuh dan bersedih.
Sampai saja di Alor Setar, kami cadang nak beraya di rumah kawan dia tapi dia call tak angkat. Jadi dia nak terus ke Perlis. Aku cuba ajak dia singgah di rumah aku tapi dia taknak. Aku terus pulang ke rumah. Dengan badan yang lemah tak cukup tidur dan mata berair, baru aku sedar aku tertinggal beg di dalam kereta dia. Aku text dia beritahu dia. Charger handphone pun ada dalam tu. Kebetulan pulak belum aku terus terang, bateri aku habis. Aku pergi ke rumah kawan aku untuk pinjam charger. Bila buka balik phone..
Aku dah tak kenal lagi siapa dia. Memang macam ni la dia lakukan kepada Ed dulu. Bila hati dia dah berubah dia akan layan macam sampah. Aku tahu, aku sedar hidup dia dah senang. Tapi tak payah la nak tunjuk ego tak bertempat. Aku tak tahu kenapa dia tiba-tiba benci sangat dengan aku. Padahal aku yang sepatutnya membenci dia kerana permainkan perasaan aku. Semuanya terbalik.
Dia tunjuk dia banyak duit dia tunjuk dia banyak masa. Apa guna nak menunjuk-nunjuk? Aku tak cemburu sikit pun. Selama ni aku hidup senang tambah-tambah semasa aku di KL dulu aku tak pernah pulak nak show off apa aku ada. Baru kerja kerajaan gaji 2k dah berlagak macam gaji 10k. Walaupun pendapatan aku masa bersama Basyeer dulu mencecah 5k sebulan aku tak tunjuk pun aku banyak duit.
Aku redha. Allah dah tunjuk siapa Rahim yang sebenar. Rahim yang aku kenal selama 4 tahun ini hanyalah bayang-bayang. Semuanya sandiwara. Sekarang dia berlagak alim untuk bersandiwara untuk dapat seseorang yang dia idamkan. Aku redha. Biar Allah saja yang balas apa yang dia lakukan terhadap aku. Hidup ni macam roda. Aku pernah hidup senang lenang dan mewah. Dalam sekelip mata aku jatuh ke tanah. Tak mustahil benda yang sama akan berlaku pada dia. Janji Allah itu pasti. Setiap perbuatan ada balasannya. Kalau bukan hari ini mungkin hari esok.
Aku bersyukur, banyak pembaca blog ini text aku beri semangat dan dorongan. Terima kasih sangat-sangat. Selama ni aku ingat tak ramai yang membaca apa yang aku luahkan disini. Rupanya ramai. Tiap malam ada saja yang hubungi aku. Hilang rasa sunyi aku ni. Tak kira lelaki dan perempuan, straight mahupun PLU. Terima kasih kamu semua. Aku tak mampu membalas jasa kamu semua yang memahami apa yang aku luahkan disini. Allah saja yang mampu menbalas jasa kamu semua.
Hari ni hari kedua aku bekerja “full day”. Keadaan di office sangat ceria. Tak ada tekanan. Aku diletakkan di bawah seorang senior wanita. Dia akan berhenti tak lama lagi. Tiap hari aku akan belajar dengan dia. Kerja aku banyak mainkan peranan untuk pastikan semua kerja siap pada masa yang ditetapkan. Memang susah nak paksa orang lakukan kerja dengan cepat. Pandai-pandai lah aku nanti gunakan ilmu psikologi yang ada untuk beri semangat pekerja untuk siapkan kerja pada waktu yang ditetapkan. Ahh! Ramai pulak jejaka tampan kat kilang ni. Tergugat iman.,,,,,,,,,,,,,,,,,